Monday 31 December 2012

2013 INTAKE..OPEN FOR REGISTRATION..

Pusat Tuisyen Perantis bermula sebagai Pro Home Tuition di Seksyen 4 Kota Damansara. Setelah 3 tahun beroperasi di rumah, kami mengorak langkah maju setapak lagi  dengan menubuhkan pusat tuisyen yang berkonsepkan home tuition. Selain itu tujuan di tubuhkan pusat tuisyen ini juga adalah kerana untuk menampung permintaan yang semakin ramai dan memberi lebih keselesaan kepada pelajar dengan kemudahan yang lebih lengkap. 

Pusat Tuisyen Perantis sedang mengadakan sesi pendaftaran terbuka untuk sesi persekolahan 2013. Dijemput semua ibu/bapa dan penjaga datang membuat pendaftaran awal. Ini adalah kerana pihak kami hanya menempatkan maksimum 12 orang pelajar sahaja dalam satu-satu kelas.

Anda boleh datang mendaftar terus di Pusat Tuisyen Perantis atau dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di bawah. 

Visi kami ialah memberi perkhidmatan pendidikan anak-anak yang terbaik tetapi dengan harga yang berpatutan. Terdapat 3 jenis kelas yang di tawarkan iaitu :-

1. Kelas biasa - Maksimum 12 orang pelajar.
2. Small Group Class - 4 orang pelajar
3. One To One - 1 orang pelajar.

Di samping itu, pihak kami juga ada menawarkan kelas intensif untuk subjek-subjek berikut :-

1. Bahasa Melayu (Kemahiran membaca dan menulis)
2. English (Conversation, Grammar & Writing)