Wednesday 25 June 2014

PERPINDAHAN LOKASI PUSAT TUISYEN PERANTIS



Assalamualaikum dan salam hormat..

Makluman penting kepada semua warga Perantis..

Pihak Pengurusan Pusat Tuisyen Perantis ingin memaklumkan bahawa Pusat Tuisyen Perantis akan berpindah ke lokasi baharu yang beralamat di No. 11-1, 1st Floor, Jalan Camar 4/5A, Seksyen 4 Kota Damansara. Operasi perniagaan di lokasi baharu akan bermula pada bulan OGOS 2014 ini.

Perpindahan lokasi ini bertujuan bagi memudahkan akses laluan ke Pusat Tuisyen Perantis kepada pelajar Perantis khasnya dan penduduk Kota Damansara amnya.

Untuk makluman tuan/puan, kerja-kerja perpindahan serta ubahsuai akan dijalankan sepanjang bulan Julai ini. Justeru, Tuisyen Perantis akan beroperasi buat sementara di Dewan Serbaguna Blok Semarak 9 Seksyen 4 Kota Damansara. Lokasi sementara ini bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja ubahsuai dan perpindahan sehingga selesai. Semua kelas pembelajaran akan dijalankan di lokasi sementara tersebut bermula pada 30 JUN 2014 hingga 25 JULAI 2014.

Walau bagaimanapun, jadual kelas tuisyen akan diadakan seperti biasa. Untuk makluman, sesi kelas malam sepanjang bulan Ramandhan ini akan bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Jadual kelas bagi pelajar kelas petang pula akan bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Bagi pelajar Kelas Intensif Membaca & Mental Arithmetic, kelas akan dijalankan seperti biasa pada pagi Sabtu.

Pihak Pengurusan Pusat Tuisyen Perantis juga ingin memaklumkan bahawa CUTI HARI RAYA AIDILFITRI Pusat Tuisyen Perantis akan bermula pada 26 JULAI 2014 hingaa 3 OGOS 2014. Kelas akan diadakan seperti biasa semula pada 4 OGOS 2014 di lokasi baharu kami.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan berharap perpindahan lokasi Pusat Tuisyen Perantis akan memberi impak yang lebih positif kepada setiap pelajar dan penduduk Kota Damansara.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Cikgu Nurul di talian 012-237 4495.

Sekian. Terima kasih