Thursday 20 February 2014

PROGRAM PERSEDIAAN PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2014

Assalamualaikum..

Tuan / Puan..untuk makluman anda, Program Persediaan Peperiksaan Awal Tahun Sekolah (Kelas Ulangkaji / Ujian Pengesanan) akan bermula pada 24 Februari 2014 ini.

Oleh yang demikian, pihak Pusat Tuisyen Perantis ingin memohon kerjasama daripada pihak ibu bapa dan para pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan Peperiksaan Awal Tahun daripada pihak sekolah masing-masing dan memaklumkan kepada pihak pengurusan Perantis.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Perantis di samping dapat membantu mereka untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Nurul di talian:

03-6151 3644 / 012-237 4495 / 013-381 4644

Terima kasih.

Tuesday 18 February 2014

KELAS INTENSIF & PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS





Assalamualaikum..

Tuan / Puan..untuk makluman anda KELAS INTENSIF & PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS bagi pelajar-pelajar ambilan Mac 2014 kini dibuka.

Kelas akan bermula pada 1 hb Mac 2014 ini pada setiap hari Sabtu jam 9.00 - 10.30 pagi.

Yuran bulanan adalah sebanyak RM70/sebulan sahaja.
Tempat adalah terhad kepada 9 orang pelajar sahaja untuk setiap kelas. Kekosongan hanya bagi 4 orang pelajar sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi Cikgu Nurul
03-6151 3644 / 013-381 4644

Terima kasih..