Monday 25 January 2016

Tuesday 12 January 2016

PENDAFTARAN PELAJAR 2016


MAKLUMAN PENTING ..
Makluman kepada ibu / bapa / pelajar..
Pendaftaran pelajar sesi 2016 masih dibuka.




Bagi pelajar Tahun 6,

Ambilan pelajar bagi Tahun 6 Kumpulan 1 telah pun ditutup.  Walau bagaimanapun, pengambilan pelajar Tahun 6 bagi Kumpulan 2 masih lagi dibuka. Sila rujuk jadual Tahun 6 Kumpulan 2 di halaman jadual kelas.

Bagi pelajar Tingkatan 3,
Ambilan pelajar bagi Kumpulan 1 akan ditutup pada bila-bila masa bermula hari ini. Walau bagaimanapun, sekiranya ambilan pelajar Tingkatan 3 Kumpulan 1 tetah ditutup, Ibu / Bapa / Pelajar Tingkatan 3 masih boleh membuat pendaftaran  bagi kemasukan kelas ke Tingkatan 3 Kumpulan 2. Sesi pembelajaran kelas Tingkatan 3 Kumpulan 2 akan bermula pada bulan  Februari 2016.

Proses Pendaftaran
Bagi yang ingin mendaftar,  anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak pengurusan (call/whatsapp) terlebih dahulu untuk membuat tempahan. Tempoh tempahan hanya sah selama 3 hari bekerja sahaja. Ibu / Bapa / Pelajar boleh membuat pendaftaran beserta dengan bayaran yuran dalam tempoh 3 hari tersebut. Sekiranya tiada pendaftaran dan bayaran yuran dibuat, maka tempahan akan terbatal dan tempat tersebut akan diisi oleh pelajar yang lain.

Perkhidmatan Pengangkutan
Selain itu, untuk makluman Ibu / Bapa / Penjaga, pihak kami juga TIDAK menawarkan perkhidmatan pengangkutan termasuklah perkhidmatan mengambil dan penghantar pelajar pulang ke rumah masing-masing. Pihak kami juga tidak menawarkan sebarang perkhidmatan jagaan pelajar selepas tamat tempoh kelas terutama kepada pelajar-pelajar yang berumur 6 tahun hingga Tahun 3 memandangkan kekangan masa serta jadual tugas bagi  setiap staf dan tenaga pengajar sedia ada kami. Maaf atas segala kesulitan dan kami sangat menghargai segala kerjasama daripada pihak tuan / puan.
Sekian. Terima kasih.