ASSALAMUALAIKUM & Salam Hormat..
Untuk makluman Tuan / Puan,
Ambilan pelajar bagi
Tahun 6 Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 telah pun ditutup. Walau bagaimanapun, pengambilan
pelajar Tahun 6 bagi Kumpulan 3 masih lagi dibuka. Terdapat 2 subjek sahaja yang ditawarkan bagi pelajar Tahun 6 Kumpulan 3 iaitu subjek Matematik dan Sains.
Jadual Kelas
Kelas akan diadakan pada setiap Hari SELASA Jam 8.00 malam - 10.00 malam. Sesi kelas akan bermula pada 1 MAC 2016 ini.
Proses Pendaftaran
Bagi yang ingin
mendaftar, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak pengurusan
(call/whatsapp) terlebih dahulu untuk membuat tempahan. Tempoh tempahan hanya
sah selama 3 hari bekerja sahaja. Ibu / Bapa / Pelajar boleh membuat
pendaftaran beserta dengan bayaran yuran dalam tempoh 3 hari tersebut.
Sekiranya tiada pendaftaran dan bayaran yuran dibuat, maka tempahan akan
terbatal dan tempat tersebut akan diisi oleh pelajar yang lain.