Tuesday 7 July 2020

KELAS TUISYEN PKPP 2020




KELAS TUISYEN PKPP 2020 

(JULAI - OGOS 2020)


Pendaftaran telah dibuka..

Kelas akan bermula pada:


15 JULAI 2020

(Pelajar Tahun 4 - Tingkatan 5)

 3 OGOS 2020

(Pelajar Tahun 1 - 3)



TEMPAT ADALAH TERHAD, MAKSIMUM 10 Pelajar / Kelas
(Sila hubungi pihak pengurusan untuk mendapatkan update terkini sebelum mendaftar) 

Pendaftaran hanya dibuat melalui WHATSAPP
& pembayaran yuran secara ONLINE

WHATSAPP 013 - 381 4644

* Sila rujuk jadual kelas, kadar yuran dan garis panduan (SOP) di bawah :


 PUSAT TUISYEN PERANTIS

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA PUSAT TUISYEN


PERGERAKAN PELAJAR

Pelajar hendaklah mendaftar masuk ke Aplikasi MySejahtera setiap kali memasuki premis pusat tuisyen. (*arahan kementerian)

Pelajar yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar, ibu bapa/penjaga boleh mendaftar masuk anak masing-masing melalui fungsi “Urus Tanggungan / Manage Dependents” dalam aplikasi tersebut. (*arahan kementerian)

Sebelum memasuki kelas, pelajar akan menjalani pemeriksaan suhu badan dan penggunaan pensanitasi tangan.

Pelajar hanya dibenarkan masuk ke kelas yang ditetapkan sahaja dan tidak dibenarkan bergerak ke kelas lain tanpa kebenaran pihak pengurusan.
Bilangan pelajar dalam setiap kelas tidak melebihi 10 orang dengan mengambil kira penjarakan sosial.

Pelajar dikehendaki membawa alat tulis yang lengkap dan tidak dibenarkan berkongsi peralatan dengan pelajar lain.

Pihak tuisyen tidak menyediakan air minuman dan pelajar perlu membawa bekal air dari rumah masing-masing.

Pelajar dan ibu bapa tidak dibenarkan menunggu di dalam kawasan premis sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan.

Pelajar dikehendaki terus pulang ke rumah setelah sesi kelas tamat.

BAYARAN YURAN

Pihak tuisyen juga menggalakkan ibu bapa membuat urusan pembayaran yuran secara online.

PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA

Memastikan anak-anak dibekalkan dengan pelitup muka, mengingatkan anak-anak berkenaan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan semasa di pusat tuisyen.

Ibu bapa/penjaga disaran tidak menghantar anak/anak jagaan ke pusat tuisyen sekiranya pelajar bergejala



JADUAL KELAS & STRUKTUR YURAN 
 
Pusat Tuisyen Perantis PKPP 2020
( JULAI - OGOS 2020 )


*Bagi pelajar Tingkatan 5 yang telah mendaftar, sila WHATSAPP pihak pengurusan untuk menentukan KUMPULAN KELAS bagi subjek MATEMATIK & SAINS







TERIMA KASIH..