Monday, 24 March 2014

PENDAFTARAN PELAJAR FASA KEDUA AMBILAN APRIL 2014





Assalamualaikum..
Salam hormat kami ucapkan kepada semua ibu bapa dan pelajar-pelajar cemerlang yang mengunjungi laman blog Pusat Tuisyen Perantis ini. Didoakankan semoga anda semua sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan keberkatan Allah s.w.t..

Peperiksaan Awal Tahun bagi sekolah kebangsaan telah pun dijalankan baru-baru ini..
Justeru, bagaimana tahap penguasaan serta pencapaian pelajaran anak-anak anda?
Alhamdulilah..Pusat Tuisyen Perantis dengan kerjasama para tutor dan sokongan ibu bapa pelajar..kami telah diberi kesempatan untuk membantu pelajar Perantis membuat ulangkaji terakhir sebagai persiapan kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing. Syukur Alhamdulillah..berkat kesungguhan serta sikap tidak putus asa para pelajar..pelajar-pelajar Perantis telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam keputusan Peperiksaan Awal Tahun di sekolah masing-masing.

Walau bagaimanapun, pihak Pusat Tuisyen Perantis tidak akan leka dan sentiasa mengambil serius terhadap prestasi pelajaran pelajar-pelajar kami..In Shaa Allah kami berjanji akan lebih berusaha bagi membantu pelajar-pelajar untuk menggapai impian mereka.

Memandangkan pengambilan pelajar ke Pusat Tuisyen Perantis bg sesi pertama telah mencapai bilangan pelajar yang maksimum bagi setiap kelas (12 orang pelajar / kelas).. kami berhasrat untuk membuka pendaftaran pelajar fasa kedua bagi ambilan April 2014.

Selain itu, ambilan pelajar bagi Program Intensif Membaca dan Program Mental Arithmetic juga masih dibuka. Pendaftaran dibuka kepada pelajar-pelajar seawal usia 5 tahun.


Sesi pendaftaran telah pun dibuka..Kepada semua ibu bapa dan para pelajar yang berminat, anda dijemput untuk datang ke Pusat Tuisyen Perantis bagi membuat pendaftaran.Pendaftaran hanya terhad kepad 12 orang pelajar sahaja setiap kelas.



Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran..sila hubungi Cikgu Nurul (03-6151 3644 / 012-237 4495 / 013-381 4644)

Terima kasih...






No comments:

Post a Comment